Thursday 29 December 2011

DAKWAH...!! PRACTICE MAKE PERFECT..!!

n_n
practice make perfect 
yeah...
nak praktik apa ni?
DAKWAH!!
yup dakwah...
satu soalan untuk kamu yang membaca 

"DAKWAH ITU MILIK SIAPA??"
KITA?KAMU?SAYA?atau siapa??

Dakwah...milik kita bersama..tugas saya dan kamu!!

Alasan biasa yang kita dengar...
"Saya tak mampu..."
"Saya tak layak.."
"Saya tak ada ilmu yang banyak..."
"Saya seorang pendosa.."
"Saya tak hafal dalil Quran...tak ingat hadis..."
"Saya bukan budak sekolah agama.."
"Saya bukan budak akademik Islam..."
Saya.....saya.....saya......dan seribu alasan saya lah.....
sampai bila nak memberi alasan ni..???

Temanku..saudara seislamku...sahabat seperjuanganku....
Ana mengajak kamu merenung dan berfikir...

Seorang pemain bola sepak yang terkenal...tidak kisahlah sesiapa pun David Beckham ke.. Thierry Henry ke..Ronaldinho ke...Safi Sali ke..sape2 lah kan...boleh ke di awal permulaan penglibatan mereka dalam dunia bola sepak mereka terus jadi pemain yang menjadi rebutan kelab-kelab bola sepak yang terkemuka?? Mustahillah jika mereka tiada bakat...nah!! Di mana bakat tu muncul??
Bakat perlu diasah..digilap...dilatih..dan ianya mestilah berterusan
untuk apa?? untuk jadi superb players...

Apa dalam mindamu berfikiran mereka yang hebat itu sememangnya hebat semenjak lahir lagi??
Ana pernah terbaca satu kata-kata motivasi...semua manusia dilahirkan dengan kudrat boleh 'terbang'..cuma terpulang pada mereka untuk melakukannya atau tidak...

yup...terpulang pada kita sama ada untuk melakukan perubahan atau tidak...
sejarah tidak tercipta sendiri tapi kita yang perlu mencipta sejarah..!! Tidak akan berlaku perubahan andai kita tetap dan terus tidak berganjak dari takat yang lama...perubahan itu satu kemestian untuk mencipta sejarah!!

Sama cerita kita pada mulanya...
seorang da'ie/pendakwah/mubaligh...perlu dilatih...dilatih dengan segala aspek...bermula cara pengislahan diri hingga cara berdakwah...
Apa itu islah??
Islah adalah satu bentuk pengislahan diri untuk meningkatkan kembali untuk memantapkan lagi iman kita dengan pengisian2 rohani,ilmu dan sebagainya yang mana boleh menambahbaik apa yang terkurang dalam diri...

DAKWAH??

Dakwah mengikut Kamus Dewan Edisi ketiga ialah kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan.

Menurut Ensiklopedia Islam dakwah membawa maksud setiap kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah s.w.t sesuai dengan garis akidah, syariat dan akhlak Islamiah. Secara kebahasaan, dakwah adalah kata dasar (masdar) dari kata kerja da’a-yad’u yang bererti panggilan, seruan atau ajakan. Kata dakwah sering dirangkaikan dengan kata “ilmu” dan kata “Islam”, sehingga menjadi “ilmu dakwah” dan “dakwah Islam” atau al-da’wah al-Islamiyah[
Ensiklopedia Islam. 1994. Cet. 3. J.1. Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve. Hlm: 280]

Jelas bukan??
Nak dalil??
emm....

Allah s.w.t berfirman:

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala i’tiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain”.


Surah Yusuf (13): 108


Jelas??
Saya tak berani la nak cakap depan2...nak pegang mic pun tak pandai..
(alahai...sama macam aku dulu la ni...)
There's no more reason la awak...
facebook ada...twitter ada...blog ada...em..apa lagi??segala macam lah...xbrani cakap luahkan dalam bentuk kata-kata...tak tahu nak cakap apa..copy paste je benda2 baik...then sebarkan...Allah tidak menilai kuantiti usaha kita tapi kualitinya...stakat mana yang kita mampu..maka usahakan sebaik mungkin...khair insyaAllah...cuma niat itu penting..semua yang dilakukan mestilah kerana Allah...ikhlas juga...kerana ikhlas adalah ruh ibadah (al-ikhlas ruhul 'ibadah) dan ilmu yang nk disampaikan tu benar..


Temanku..saudara seislamku...sahabat seperjuanganku....


kita tidak akan mampu menjadi insan yang hebat andai hanya ada angan2 dalam fikiran...
kita tidak akan mampu melangkah andai kita hanya tahu memandang dan menetapkan cita2 dalam hati tapi tidak melaksanakan...
kita tidak akan mampu menjadi insan yang cekal hanya dengan memandang ujian yang menimpa insan lain...
tapi..
kita boleh menjadi hebat dengan kita ubah fikiran dan minda kita...
jika tersalah langkah..betulkan kembali..
jika tersilap jalan cari semula jalan yang benar...
jika di uji sabar dan bangkit semula...
bangkit semula dengan seribu satu ibrah yang kita dapat daripadanya...
semua itu melatih kita menjadi insan yang cemerlang...
mungkin kita tidak mampu menawan hati manusia..
tapi percayalah usaha kita yang ikhlas itu akan memampukan kita menawan puncak syurga...


______________________________________________________________________________
 
"post ini ditujukan buat diriku sendiri...yang mungkin sedang dalam kelemahan..kelelahan...huhu...it's just to make me be more positive with this life...as a student..as a da'ie...doa mu teman ku pinta...barakallah alaikum...insyaAllah bittaufiq wannajah..."_fazlina ismail_
ana tinggalkan lagu untuk kamu semua...hayati bersama...khair insyaAllah..=)

No comments:

Post a Comment