Wednesday 25 January 2012

DUNIA HAKIKATNYA ADALAH GELANGGANG MUJAHADAH

Hari pertama aku melangkah ke dunia itu..
semuanya kerana jawapan istikarah...

Kerana hati itu ragu, solat sunat istikarah dibuat. Aku tersenyum...walaupun waktu berangkat hanya tinggal 2 hari sahaja lagi, Mujahid tenang membuka bicara.

Mujahid : Abah, mujahid tolak tawaran belajar tu, Mujahid nak tukar kos. Mujahid nak ambil kos agama kat sekolah agama, ambil STPM. Bolehkan bah?

Abah hanya tersenyum. Mungkinkah senyuman kecewa atau menghormati keputusan dirinya, Mujahid juga tak pasti.

Ahh..itu sejarah yang sudah berlalu...kini aku adalah seorang 'amir' di sini...ditakhlifkan amanat yang ku kira cukup berat...dugaan demi dugaan...

Terkadang diri lemah tersungkur..
Terkadang tanpa sedar diri menyalahkan takdir Ilahi...
Terkadang aku cukup biadap dengan-MU Tuhan..
Menyoal -MU..
kenapa aku bukan dia dan mereka??
Egonya hati tingginya nafsu amarahku...
Enggan tunduk menyerah pada mahu-MU...
Tidak sedar kala itu diri hanya debu yang hina..
Sudah dikendong ingin dijunjung pula..
betapa tidak sedar dirinya aku..
Ya Allah..
berikanlah aku kerendahan itu..
agar aku bisa merayu-rayu hanya pada-Mu..
Berikanlah aku kelembutan hati..
agar aku bisa teleku, tunduk dan tersembam
di telapak redha-MU...

Aku sedar bilamana Allah datangkan hujan Dia akan sertakan dengan pelanginya..bilamana Allah menguji,aku sedar Allah bersamaku.. memerhatiku dan  menegurku dengan ujian itu..ahh...bijaksananya aturan-Mu Tuhan...terkadang aku lelah bila berjalan bersendirian... tanpa teman di sisi...tanpa teman berjalan seiring...terlintas juga dibenak..ya Allah..tiadakah lagi teman sefikrah denganku di sini??Apakah mampu kuharungi medan dakwah ini seorang diri??

Persoalan yang sering bermain dimindaku terjawab..hampir 6 bulan aku memikul amanat tersebut dengan hati yang terpaksa...aku akui aku cukup benci dengan jawatan itu...aku sering menangis...sering juga menyoal kenapa aku???

6 bulan aku belajar ikhlaskan hati menerima amanat tersebut...mungkin keputusan exam aku merudum juga kerana hati aku yang tidak ikhlas menerima amanat itu..hingga suatu hari Dia menegurku...hanya 3 subjek sahaja aku lulus...Allah akhbar........inikah keputusan yang akan aku tunjukkan pada abah??Allah.....Allah...hatiku meraung semahunya...Allah...aku memanggil-Mu Tuhan...Allah....apakah ini yang telah Engkau takdirkan dengan istikarah itu??
Allah.....di mana janji-Mu???

Aku tersenyum mengenang semua itu...ya benar menjadi seorang ketua yang mengetuai 600 kepala bukan senang...menghadapi keletah dan perangai manusia yang sukar ditafsir memerlukan stamina yang cukup kuat..mental harus siap siaga..jasmani harus sentiasa cergas...rohani perlu sentiasa ditingkatkan walaupun hanya menanti rebah...kerana ku imani firman-Mu Tuhan..ku ayunkan jua kaki meredahi dunia ini...kerana ku sedar dunia hakikatnya adalah gelanggang mujahadah!!

bersambung........