Monday 19 March 2012

sembang kosong...

assalamualaikum pembuka bicara
syukran jazilan kpd yg sudi membaca...
heheeheheee...=D

Sekadar perbualan kosong di sini...emm..bila ana baca balik post yg ana posted..terasa tidak percaya..betul ke ana yang tulis semua ni??huhu...agak lama ana meninggalkan dunia bloggers ni..tiada ideakah?tiada masakah??huhu..mungkin..semua itu mungkin...tapi ada satu sebab utama..hati ini gersang! ya..hati ini gersang..lantaran itu ana tidak menulis..mana mungkin ana mampu menulis dalam keadaan pura2??bagi ana tulisan ana harus punyai ruh..meskipun anda tidak merasainya, itu tidak penting bagi ana..kerana hati kita tidak sama dan tahap keimanan kita juga berbeda...andai kamu seorang yang cukup berpengalaman kamu akan nilai tulisan ini hanyalah tulisan biasa..jika kamu seorang yang kuat ruh 'ibadahnya mungkin kamu katakan blog ini juga biasa...sememangnya blog ini bingkisan biasa..kanvas biasa yang ana lakarkan dengan jari-jemari insan biasa..kerana ana...ana insan biasa yang berdosa...

apa khabar sahabat?
apa khabar hatimu??
apa khabar solatmu?
apa khabar tahajjudmu?dhuhamu?
adakah ayatullah sentiasa di bibir??

subhanallah...
bukanlah ana di sini insan yang istiqamah dengan semua itu..ana mengutarakan semua itu adalah untuk ana koreksi diri juga..sama2 memperingati..kan bagus...hehe..

sahabat..
sblm ana akhiri kalam ini..ana kongsikan bersamamu nasihat abangku..
jika kita tersalah memilih arah..pulanglah..
pulanglah mencari arah itu kembali..
meskipun lorong itu terlalu sempit dan gelap...
andai kamu bertekad untuk kembali..
pastinya ada ruang untukmu..
sahabatku sayang..
hargai dirimu..jadilah manusia yang bersyukur dalam tiap helaan nafas..
meskipun tidak mampu menjadi hambanya yang sempurna dalam tiap perbuatan..
sekurang-kurangnya kita berusaha ke arah itu...
khair insya-Allah...