Thursday 1 December 2011

CINTA @ COUPLE...

Pada saya, seorang lelaki yang berusaha mendapatkan seorang perempuan dengan cara yang syara’ itu adalah satu cara percintaan.
Apa itu cinta pada definisi saya?
Definisi saya pada cinta adalah: “Kita hendak masuk syurga Allah dengan dia”Justeru, apa-apa sahaja perbuatan yang membawa si lelaki dan si perempuan ke neraka, adalah satu pembatalan pada cinta itu sendiri.
Di sini, saya simpulkan perkataan BERCINTA sebagai: “Lelaki dan perempuan yang berkasih sayang atas jalan yang syar’ie, tidak melanggar hukum Allah SWT”Maka, berdasarkan definisi itu, bagaimanakah hendak bercinta?
Pertama sekali, anda kena buang apa-apa sahaja didikan cinta dari drama, filem, novel-novel yang anda baca. Jangan sesekali anda sinonimkan perkataan BERCINTA itu dengan tindakan-tindakan mereka.

Pada saya, apa-apa sahaja yang membawa kepada kemurkaan Allah dan boleh melemparkan kita ke neraka, tiada cinta di dalamnya.
Kedua, serius. Tak payah lah nak mengorat tak boleh blah. Nak testing-testing sembang ke apa ke. Bila timbul rasa cinta, maka mulakan dengan menyelidiki latar belakangnya. Boleh tanya ramai orang. Kemudian buat istikharah. Seterusnya bila dah yakin, hubungi terus ibu bapa si dia. Kalau takut, boleh juga terus cakap kat dia, hantar surat ke untuk luahkan bahawa kita memang cinta pada dia dan ingin jumpa ibu bapa dia. Bila dia approve, boleh proceed ke langkah seterusnya.(ada juga orang kata, tackle mak ayah dulu adalah cara yang terbaik)
Ketiga, selepas ibu bapa sudah dimaklumi, baru mulakan perhubungan di bawah pengawasan ibu bapa. Baru mula ta’aruf, baru mula sembang, baru mula berjumpa dan semestinya dalam kondisi yang syar’ie dan terjaga pula adab-adabnya. Bukan berdua-duaan(baik di alam realiti atau alam maya), tiada pula sentuh menyentuh. Membina kesefahaman untuk membangunkan satu keluarga yang diredhai Allah SWT.
Keempat: Percepatkan perkahwinan jika berkemampuan. Jika belum berkemampuan, maka seringlah berhubungan dengan penjaga si pasangan untuk mengeratkan hubungan dan menjaga silaturrahim seterusnya membina kesefahaman dalam rangka untuk menjaga diri sendiri dan mengawal hubungan itu agar kekal di dalam batasan syara’.
4 step ini, pada saya sudah boleh dinamakan BERCINTA.
Hendak bergerak lebih jauh dalam BERCINTA, hendak sentuh-sentuh, hendak minum satu straw makan satu pinggan, hendak buat itu ini, ha… kena lepas satu lagi boarder iaitu PERKAHWINAN.

p/s : artikel ini adalah sebahagian daripada penulis novel Hilal Ashraf,langit Ilahi...semoga mendapat manfaat bersama...
Pesanku padamu insan bernama hawa...usah khuatir akan jodohmu...kerna percayalah bahawa adam yang telah ditentukan untuk mu akan mencarimu jua...kata abangku...
si adam akan mencari jua tulang rusuknya yang hilang... 
 maka percaya dan yakin jodohmu pasti ada...

Pesanku padamu duhai adam... 

bijaksanalah dalam mengintai si permata...

jangan sewenang-wenangnya engkau mencerobohi lubuk hati si hawa...bimbang menyesal tak berkesudahan...andai sudah berkenan dan yakin dengan agamanya..maka melangkahlah dengan langkahan yang pasti...

dirimu rijal yang hebat bukan??

Usah khuatir andai dirimu ditolak..usah berasa malu dengannya...tapi banggalah kerana dirimu insan pilihan yang hebat yang berusaha mencari si mawar berduri...untuk dijadikan suri di hati...

Pesanku pada diri sendiri dan kamu...andai sudah bertemu pemuda/hawa pilihan hati...maka berusahalah sebaik mungkin untuk menjaga dan mendidik hati...tundukkan nafsu dengan iman dan akal yang waras...pasti dirimu berjaya...insya-Allah...

Hayati bersama....khair insya-Allah...




No comments:

Post a Comment