Wednesday 20 March 2013

Kita tidak selamanya berada di atas..

Satu kisah yang sangat ingin kuceritakan pada kamu sahabat2ku..


Aku melihat..memerhati dan juga bertafakkur..mengenai seorang rijal..dia tidak sempurna seperti kita (sihat anggota badan zahir dan batin)..percakapannya mesti diteliti..kerana suaranya yang tidak jelas..pergerakan tangannya juga tidak seperti kita..namun aku kagumi..walaupun dia begitu..dia seorang yang punyai himmah(kesungguhan yang kuat) dalam menuntut ilmu..bila aku bertanya pada teman2 ku mengenainya..mereka mengatakan dia seorang penghafaz..byk matan hadis yang dihafaz..ayat2 al-Quran..dan pernah satu ketika aku bertemu dengannya dalam majlis talaqqi oleh syeikhuna..alhamdulillah...sedangkan teman2 ku yang sempurna tubuh badannya tidak bersama denganku dalam majlis ilmu tersebut..walaupun berkali2 diajak..(mungkin punyai urusan lain agaknya..^__^ )..dan apa yg menyedihkan..aku pernah sekelas dengannya..saat dia 'presentation' ramai yg akan mentertawakannya..aku diam...

kenapa begitu jahil manusia??

mengangkat dirimu sebagai seorang yang sempurna di mata manusia sedangkan apakah pandangan Tuhan-mu terhadap diri kerdil itu?Ingatlah selalu duhai diri..kita tdk selamanya akan berada di atas..jangan terlalu sombong krn bimbang jika sikap itu kau bajai..nantinya akan tumbuh pula dalam dirimu sifat syaitan laknatullah.. bukankah kerana sikap sombongnya itu maka darjatnya sebagai makhluk yang alim menjadi makhluk yang terkutuk??
 
Allah berfirman yang bermaksud: 

 "Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?. Iblis berkata: "Aku lebih baik daripadanya, karena Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah."Maka keluarlah kamu dari surga; sesungguhnya kamu adalah orang yang terkutuk.." ( Shaad: 75-76 )

KEMBARA ILMU

Assalamualaikum....

agak lama tidak berceloteh di sini...

skrg..1.02 a.m

tiada apa yg istimewa yg ingin kubicarakan di sini...krn kalamku hanya kalam insan biasa..tiada yang lebih drp kamu sahabat2ku yang hebat di luar sana..

Kembara ilmu...ye..aku juga sedang mengembara..demi setitis ilmu Tuhan..demi menghidupkan cinta dalam jiwa...bagaimana mungkin aku mampu mengenal Tuhan-ku tanpa adanya setitis ilmu makrifat mengenai Tuhan-ku..??

Allah..Dia adalah  Allah Yang Esa..yang wujudnya tanpa tempat dan tidak berupa walau dalam bagaimana keadaan sekalipun... 
قال الامام الشافعي

"..انه تعالى كان ولا مكان "

 Bagaimana mungkin untukku mengetahui semua ini tanpa ilmu..
Segala amal perbuatan..ibadat kita perlu dimulakan dengan ilmu..kamu tidak akan mampu menjadi soleh/solehah tanpa adanya ilmu..masakan kamu bisa membezakan yang mana salah dan yang mana betul tanpa ilmu..masakan kamu mampu menyempurnakan amal ibadatmu tanpa ilmu..bukankah Nabi صلى الله عليه وسلم pernah menegur seorang pemuda yang telah pun usai solat supaya mengulangi solatnya kembali? setelah diulanginya kembali..maka ditegur lagi..diulangi lagi..dan ditegur lagi..maka pemuda itu bertanya..bagaimanakah harus untukku melakukannya dengan sempurna? maka..Nabi صلى الله عليه وسلم mengajarkannya untuk solat dengan betul..

tidakkah kamu dapati bahawasanya ibadat tanpa ilmu itu adalah sia-sia duhai sahabat? Benar..ibadat tanpa ilmu adalah suatu perbuatan yang sia-sia..misalan yang lain..kamu bersiwak..sangat suka bersiwak (menggosok gigi) tapi kamu tidak tahu..ia adalah sunnah yang sgt digalakkan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم ..maka kamu tidak akan dapat pahala sunatnya krn awalnya lagi tiada niat ingin ittiba' (mengikuti/mengamalkan) perbuatan Baginda صلى الله عليه وسلم . Apakah ia tidak merugikan kamu sahabat2? walhal dengan gampangnya kamu bisa peroleh pahala sunnah itu..maka..ayuh renungkan sahabat..renungkan perihal diri kita masing2...aku juga tidak lebih dari kamu..sedang aku menaip..mencorakkan bentuk penulisanku yang aku terjemahkan dari akal fikiranku yang asalnya ilham dari Allah taala semata2..aku juga sebenarnya memikirkan keadaan diriku...



Janji Allah itu benar..sungguh Allah Taala telah mengangkat darjat orang2 yang berilmu (ilmu fardhu ain) ..firman Allah Taala yang bermaksud:

“Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) beberapa darjat” (Surah Al-Mujaadalah: ayat 11)

Maka renungkan duhai diri tentang peringatan Allah ini..

"...Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran." - Surah Az- Zumar [39] : 9

Sungguh benarlah firman Allah Taala..

"Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya."
 Surah Al-Baqarah [2] : 269

Lantaran itu duhai diri...kembalilah..kembalilah bersimpuh pada Tuhan-mu..terlalu banyak waktu yang telah engkau persia-siakan...kembalilah menadah setitis ilmu mengenai Tuhan-mu..agar hidup hatimu dengan sebuah cinta Agung..

tidak salah jika kamu terlambat memulakan perjalanan demi sebuah kembara mencari ILMU..namun ketahuilah duhai diri..sangat rugi dan menyesallah andai kamu melepaskan peluang mencari ILMU-nya..tanpa ilmu kamu tidak akan mampu menghidupkan cinta pada Tuhan-mu..tanpa ilmu juga..bicaramu hanyalah nafsu semata-mata..

aku mengajak diriku yang jahil ini..supaya sentiasa thabat di dalam majlis ilmu yang benar..sentiasa kuat untuk melangkah laksana seorang mujahid yang baru ingin mengembara mencari cintanya..demi sebuah perjuangan..moga langkahan ini selamanya bertapak maju dalam redha-Nya..dan aku juga mendoakan kalian semua..akramakumullah..

ayuh..bersamaku..dalam bahtera yang sama..satu pegangan akidah yg sama sebagaimana akidah Nabi صلى الله عليه وسلم ..

Dijemput hadir sahabat2 sekalian...sama ada di UM atau di mana2 sahaja..ke majlis ilmu..sebagaimana berikut :

1) Kuliah Maghrib
Setiap hari isnin di surau Kolej Kediaman Ungku Aziz (KK11) Universiti Malaya
Pelajari kitab Mukhtasor (mazhab Imam al-Syafi'e) yang merangkumi tentang Tauhid, Fiqh, dan Tasawwuf secara bertalaqqi..=)

2) Talaqqi Kitab Matan Abi Syuja'
Hari: Isnin
Tempat : BS1 AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA
Masa: 5.00 -6.00 petang
Anjuran : Jabatan Akidah & Pemikiran

3) Talaqqi Kitab Qaul Jali
Hari: Rabu
Masa: 4.00- 5.00 ptg
Tempat : BS4 Akademi Pengajian Islam

4) Khas untuk muslimat sahaja
Talaqqi kitab akidah muslimin
Hari: Ahad
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Surau kolej kediaman ke tujuh UM

Kata ulama :

" Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan yang banyak bagi dirinya nescaya dia menjadi seorang yang bersemangat dalam menuntut ilmu..."

"Cinta kepada ilmu itu adalah alamat/petanda kepada kebaikan dan kejayaan.."

"Seseorang itu tidak akan menjadi orang yang bertaqwa jika dia tidak menuntut ilmu (ilmu fardhu ain)"

Imam an-nawawi berkata "Menyibukkan diri dengan ilmu pengetahuan merupakan cara yang terbaik bagi memenuhi waktu / menghabiskan waktu "


*~ terima kasih kerana sabar membaca omelanku...barakallah alaikum..~* 


tam fi 2.38a.m

Friday 15 March 2013

JOM JALAN2 DLM ISTANA..

inilah istana negeri kelantan..weeiii...cantik un un??  walaupun ayah saya kerja lam istana tp xpernah bpeluang masuk istana..bismillahi masyaAllah..cantik sangat...



tengah tengok al-quran yg diperbuat daripada emas...subhanallah..sgt mengaguminya..

pintu nak masuk lam istana..besar ngattt...hehe..


kat lam istana..masa ni ada buat ekspo MAIK...sultan bukak istana tuk rakyatnya..bestt jiddan!! ^__^



ni bukan pasangan suami istri ye..ni adik-bradik..ramai org salah faham..hehe...apapun kluar kne ada yg mnemani..hehe..



nk g cari makanan...lapar3...


akhie...my bodyguard..hehe

entah apa la yg ditafakkurkannya..huhu

muka tgh tahan panas matahari,,,kik9









~~THE END ~~

omelan kosong..dr budak yg tgh demam~~

Tup tap tup tap...

kira-kiranya tadi baru zohor..kini laungan azan asar telah bergema....ah..masa..begitu pantas sekali...
benar kata murabbiku..."masa itu seperti emas..kamu perlu hargainya..jika kamu tidak menghargainya dia akan meninggalkanmu.."

Dan aku..apa yang telah ku perbuat hari ini??

>> assignment dari pagi hingga skrg masih belum siap2.. ~.~
>> sambil buat assgnmnet intai fb..hehe..(intainya bkn sminit dua..alahai duhai diri~~)
>>makan??not yet...(xjaga hak badan btol! ~.~ )

tup tap tup tap...skrg sudah pukul 5.23 p.m~~

kira-kiranya..aku tiada mood juga sih..mahu tulis apa in??  hanya mahu berlegar-legar diruang maya ini..blog...satu kanvas alam maya...aku bebas bicarakan apa shj di sini...andai ia baik maka manfaatkan..andai ia buruk?maka jdkan pngajaran..

hari ini..terasa diri kosong yang teramat..terasa terlalu banyak kesilapan yang diperbuat...Allah..

apakah yang sedang bermain di mindaku skrg?

aku jg tdk mngerti..knp bgini ya??

mgkinkah disebabkan skrg i'm in fever??

atau...

assignment yg btimbun yg perlu ku presentkan setiap mggu dhdpn kelas??

atau...

mgkin juga sbb matan talaqqi untukku tasmi' esok blm ku hafal??

atau................apa ya??

ah!! bagaimana mungkin insan lain mampu memahami diriku jika aku sendiri tdk mampu mtafsirkan keadaan diriku...

apa pendapatmu sahabat??

ku kira..kamu mesti katakan bahwa aku sdg stress kan??

mungkin juga,,,

atau... mgkin juga skrg imanku sdg sakit..dan ia mmpengaruhi fizikalku utk turut sakit..??
wallahu a'lam




~~ aku...sdg mniti waktu yg sukar..mampukah diriku ya Allah untuk terus melangkah lagi?? ~~

andai benar...inilah yang terbaik buatku..
maka siapa aku utk menidakkan kehendak-Mu..
dan aku percaya..keadaanku sekarang adalah yang terbaik..
krn tiada sesiapa pun yang mengetahui keadaanku melainkan-Mu..
ku bersimpuh pada-Mu..memohon agar diberikan sedikit kekuatan utkku melangkah..
Tuhan..kasihani aku..tiada daya upaya aku melainkan dengan Qudrat dan Iradat-Mu..






Friday 30 November 2012

DAURAH ZAUJAH SOLEHAH

ermmhemm??
daurah zaujah solehah??
iiyyuupp...kem istri solehah..nak kawin da ke saya ni??ermhemm?..bukan bukan bukan...tp entry kali ni utk bkongsi sesuatu dgn kamu..

pernah baca status fb ni kat mana2 fb?
"tutup aurat..baju longgar..sarung lengan..stoking..tudung mengikut syara'..solat lima waktu..jaga maruah..jaga ikhtilat..<<<== wanita solehah@bidadari dunia..

betul ke ini syarat2 untuk menjadi solehah?saya ingin cerita satu hal kpd sahabat2..bila saya baca status ni..saya kurang like...^__^V (jgn marah ya..)
knp kurang like?masing2 ada pandangan sendiri...

solehah itu tidak cukup dgn menutup aurat..solat 5 waktu..jaga ikhtilat..jaga maruah shj..tp saya xnafikan itu sbhagian drp sikap dan sifat wanita solehah hasil drp diterjemahkan dengan ilmu agama yang ada padanya..betul?jadi..apa main point kat sini??

ILMU AGAMA..

untuk menjadi seorang yang soleh/solehah..perlu ILMU AGAMA..
ya..ilmu agama sahabat..ilmu agama bagaimana?

"saya sekolah agama..saya sekolah arab..saya pelajar jurusan agama di ipta/ipts..dan sebagainya..."

alhamdulillah..kita sudah ada basic agama..cukup dengan sekadar itu je??ermhemm! xcukup sahabatku...ilmu agama itu dipelajari dengan cara yang benar yakni dengan bertalaqqi pada mursyid yang benar..dengan ilmu yang benar..

قال الإمام المبارك (guru al-Imam Malik):


الإسناد من الدين لو لا الإسناد لقال من شاء ما شاء

Maksudnya:
"Isnad itu adalah sebahagian daripada agama, sekiranya tidak ada isnad maka berkatalah seseorang itu apa yang hendak dikatakannya (bergantung kepada hawa nafsunya)". 

isnad itu apa ya sahabat??isnad itu maksudnya secara bersambung/ada pertalian..bagaimana ilmu itu bersambung/bertali?dengan berTALAQQI..dr Nabi shollahu 'alaihi wassalam kpd sahabat kpd tabi'in kpd tabi' tabi'in dan seterusnya sampailah kpd mursyid kita dan akhirnya kepada kita..dan generasi mendatang...(kalau saya salah tlg betulkan..akramakumullah..)

aik?knp masuk bab talaqqi lak ni..sbb ia ada kaitan to be a great zaujah..a great muslimah..muslimah solehah (anak yang solehah) merangkak istri solehah..mrangkak nenek solehah..andai masih diberi pluang terus bernafas..insyaAllah..semuanya lillahi taala..bukan sbb manusia semata2..^__^

Mengikut syeikh Umar Kalash (mursyid saya dan kita semua andai kamu bminat utk talaaqqi bersamaku kelak..)..basic things to be a zaujah solehah..
i) Akidah yang betul
ii) Melakukan ketaatan
iii)Meninggalkan dosa

"eh...saya dah cukup dah semua ni..yeay..saya dah boleh jadi zaujah solehah!!"

uhhu...silap besar la sahabatku hawa andai kamu fikir seenteng itu...
saya try test kamu ya..(sambil ingatkan diri saya juga..refresh what've i learnt.. )
soalan satu..andai ditanya kpd kamu..
1."Mana Allah?Di mana Allah berada?"
2..Haruskah Allah memasukkan Nabi Muhammad itu ke dalam neraka dan memasukkan orang kafir itu ke syurga??
3. Bagaimana iman kita terbatal?adakah dengan melakukan perbuatan yg boleh myebabkan kita kufur tp kita tiada niat itu jg mjadikan kita kufur?
4. dan sebagainya...
semua soalan itu akan ditanya oleh mereka yang ingin tahu jawapannya dr kita org yg bljr ilmu agama..bkn soalan itu shj..byk lg soalan2 yg mencabar yg perlukan ilmu agama yg benar untuk kita jawab sgala persoalan..

kamu dapat jawab dengan yakin?Alhamdulillah...di sini saya tidak ingin memberi jawapan kpd kamu..tp kamu rasa nak tahu jawapannya x??haa..nk tahu jom sama2 kita talaqqi...bkn talaqqi dgn saya..sbb saya bkn ahlinya..tp kita talaqqi dgn mereka yg ahlinya..nak??

ii) melakukan ketaatan..utk melakukan ketaatan juga kita perlukan ilmu agama..ketaatan biasanya berkait dengan ibadat..ibadat..boleh katakan juga ilmu syariah/fiqh..misal ya..kalau kita xtahu perkara2 yang wajib dan batal dlm solat..macam mana ya?erm..nanti dah jd istri insyaAllah akan dpt anak..tiba2 anak lelaki tanya kat umminya.."ummi..ini air apa?seluar aiman basah.." xkan senang2 nk cakap "oo..aiman dah baligh da tu.." xnak cek k umminya?betol k air mani tu?apa sifat2 air mani? bimbang anaknya kencing dlm seluar tp dikatakan telah baligh..(haa..semua ni kne bljr..)..anak perempuan plak tanya.."ummi...mcm mn keadaan kita bila baligh?brp lama kita dlm keadaan uzur?mcm mn nk cam darah haid k bukan haid?brp jenis2 darah haid?mcm mn nk bersuci?" dan sebagainya lah kan...anak2..biasala..ada je yg nak ditanya..haha...mcm dah beranak plak gaya cakapnya..malu k sahabat bila saya tulis macam ni?malu itu bertempat ya sahabat..jujur saya xmalu bila saya tulis macam ni..sbb sy nk suruh kamu celik luas2..dan rasa ghibtoh jiddan nak bljr ilmu agama..(sbnrnya..walaupun tiada rasa ghibtoh atau keinginan atau kesronokan utk bljr..ia adalah pkara wajib ke atas kita utk bljr..bila x bljr..maka berdosalah kita..selama mana kita nk berada dlm keadaan jahil drp agama?tepuk dada tanya iman...)

haa..itu baru bab mcm tu..bab2 lain??kalau anak tanya bab akidah??xkan nak ckp..syeikh google kan ada..klik2 je..ilmu dihujung jari..isk3...fikir2 kan..bkn senang nak jd seorang ibu.. 

iii) meninggalkan maksiat..kata syeikh..bila kita tahu pkara itu adalah maksiat tp kita xtinggalkan..kita belum solehah..bgmn nak tahu pkara tu maksiat atau x?semuanya dengan ilmu...

haa..skrg da nampakkan betapa pentingnya ilmu agama tu..xnak bljr lagi??xnak ikut saya talaqqi??hehehe...
(promote..promote...)

ada yg kata.."alah..bkn susah pun nk jd bini org..bljr tnggi2 pun kat ceruk dapur jgk.."

isk3..sappaaa laa yg cakap mcm ni ya??

saya jawab..."bukan ke salah satu sikap istri yang solehah itu yang meringankan beban suaminya?yg menolong suaminya akan urusan akhirat suaminya??"

nah tengok ni....
hadis k ni??emm saya xingat..='(
tp saya catit masa bertalaqqi..maaf ya..

knp perlu kita, seorang muslimah menjadi solehah dan bijaksana?biarpun berada di ceruk dapur kelak tp ia tetap penting jiddan bagi kita?knp ya??
jawabnya..
i) tuntut ilmu agama adalah wajib bagi kita(itu point utama..)..bila kita menuntut...maka?insyaAllah ada sedikit ilmu dgn izin-Nya..
ii) membantu urusan suami..samada urusan dunia mahupun akhirat...bgmn mbantu?antaranya dgn mendidik anak-anak dgn ilmu agama..mbantu suami dgn meng'up-date'kan isu2 semasa..samada soal hukum agama..soal pergolakan dunia yg mlibatkan saudara2 kita dan sbgnya...(pastu kalau semua kita yg buat..suami buat apa?suami berjuang di luar..dan kita pula bjuang di sisinya sbg sayap kiri yg setia..yg solehah yg bijaksana..ok?insyaAllah..)
iii)ganjaran bagi kita apa ya??nah..tgk ni...

fahamkan??saya andaikan kamu faham dan xperlu trjemahkan..ok?

erm....dari td asyik cerita pasal solehah..pastu suami bagai..perlu k?bukan dgn cara tu je la nk enter paradise...

iyyupp...betul3...tp ia salah satu wasilah yang sangat mudah utk kami..as a women to enter paradise...wasilah/cara yg sgt mudah tp untk mlakukannya bkn smudah yg difikirkan..namun ia bukan mustahil utk kita lakukan..insyaAllah...

erm...dok cakap pasal pompuan je...yg laki lak??mreka xperlu k jd soleh?knp x kita je yg cari yg soleh??

haaa...kita  tak perlu cari yang soleh..sbaliknya kita yg mesti berusaha menjadi solehah...didik diri dari skrg..(mg2 zuriat kita nanti mampu 'mjaga' lbh dr apa yg kita 'jaga' skrg..aamiin..) dan nantinya..andai ada jodoh kita di dunia ini..insyaAllah yang soleh..yg faham agama juga akan berada di sisi kita..sbg imam kita..insyaAllah..

~tamat~


Saturday 3 November 2012

NILAI SEKEPING HATI..

Bila Allah takdir tiap2 sesuatu itu terjadi..ia bukannya sia-sia...pasti ada kebaikan dan hikmah yang tersembunyi sekalipun perkara itu merobek hati kita..luka berdarah...tiada tangisan lagi untuk dihemburkan...namun..sahabat2..bukan itu tujuan Tuhan mu mengujimu..bukan Dia mahu kamu bersedihan..bukan Dia mahu kamu lemah tak bermaya..bukan Dia mahu kamu tersadai tanpa semangat dan arah tuju...jadi, apa yang ALLAH mahukan???
sahabat...
tiap2 sesuatu yang Allah takdirkan pasti ada kebaikannya..sekalipun pahit..percayalah itulah ubatnya..di pandangan manusia..jika itu buruk tidak akan nampak di pandangannya ada kbaikan di sebalik keburukan itu..hati ternoda oleh nafsu yg cuba menutup erti redha... namun..kembalilah..kembalilah wahai diri...itu hanya tafsiran mindamu..sedangkan di sisi Allah...segala-galanya baik belaka..MAHA SUCI ALLAH drp bersifat zalim dan aniaya....lantas pandanglah ujian itu dengan kaca mata keimanan...

Emas perlu ditempa, intan perlu digilap...mungkin begitu juga dengan jiwa manusia..jiwa aku dan kamu...ia ditempa dengan ujian..digilap melalui kesusahan..tangisan dan sebagainya...
Sengatan ujian itu sangat menyakitkan namun bila kita tahu itu ujian dan sanggup menghadapi dan menanganinya dengan tabah dan redha..ia seolah-olah suntikan imunisasi yg mbuatkan kita lali daripada gagal menguruskannya ujian itu malah kita jadikan ia sebagai medan menambahkan keimanan dan ketakwaan..

"cakap senang la..kamu x rasa.."

"kau tahu apa??kau bukannya pernah bercinta..hati aku sakit tahu x???"

"kenapa aku yg Kau uji..apa dosa aku???"

Siapa kata saya tak pernah merasainya...sahabat2..ujian itu sunnatullah..ujian itu adalah tarbiah Allah...benar..saat diuji..terasa sakit yang teramat..alhamdulillah kita mampu merasai sakit sengatan ujian itu..namun lebih parah lagi andai kita sedang diuji..namun kita tidak sedar kita sedang diuji..aman drp merasakan ujian...misalnya??misalnya ujian cinta...couple..hiburan yg mengasyikkan..like korea..taiwan..jepun..big band..DBSK..running man..dan sebagainya...

Bila bercouple...leka dengan madah yang mengasikkan...lalai dengan janji2 manis..hanyut dengan impian yang entahkan tercapai atau tidak..tidak ada matlamat yg tetap dlm phubungan..tidak jelas ke mana arah tuju..tidak tetap pendirian tentang hidup...lantas hati yang dahulu yang pernah berdetik.."ini salah..jangan buat.." namun..dibiarkan kata2 iman itu berlalu..semakin hari hati semakin membeku dek dosa...ini parah..diri tidak merasakan lagi sengatan ujian..ujian yg pada awalnya telah mjd satu bala..satu musibah yang kita usahakan..yg kita pilih..

Ada sahabat yg mengatakan "andai Allah tidak mengizinkan aku berbuat begini dan begitu pasti aku takkan buat.." "bukankah Allah yang menciptakan semua perbuatan baik dan buruk...jadi aku xsalah.."
nauzubillah min zalik...ana berlindung dr Allah yang teramat apabila ditimpa musibah ana mengeluarkan kata2 seperti itu...

sahabat..tahukah kamu..kata2 seperti itu boleh merosakkan akidah kamu??Pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah ialah..Allah yang menciptakan semua perbuatan..namun..harus diingat sahabatku..kita yang memilih dan kita yang berusaha untuk melakukan semua itu...jangan disebabkan ujian yg kecil kita merasakan ia lebih  besar dr ALLAH TAALA YANG MAHA BESAR... Allah yang memberi ujian itu.maka pohonlah padaNya agar Dia membantu kita menghadapi ujian itu dengan ketabahan dan kesabaran..



senyummu kulihat di langit..
sayunya...
air mata jatuh berlinangan..
termenung ku sepi..tersenyumku sendiri..
berjalan bagaikan tiada langkah..

aku tuliskan serangkap lagu untukku nyanyikan ketika sepi..
merangkakku meniti perjalanan yang berliku..
menangis..putus asa..
namun ku terlupa kepadaNYA..
aku bagaikan bintang tiada sinar..
mencari-cari lorong cahaya..





Sunday 14 October 2012

cerita di rawdhatul jannah...

kulihat ramai pemuda-pemudi inginkan ilmu agama..ilmu agama yang benar...tidak kunafikan usrah di sana sini tumbuh bagai cendawan selepas hujan...namun..duhai sahabatku..perlu diingatkan..aku mengingatkan diriku terutamanya...tanya dirimu..dari mana kamu peroleh ilmu yang kamu ajarkan pada saudaramu yang lain...terutamanya ilmu fardhu ain..(Tauhid, Fiqh dan Tasawwuf..)

saat berada dalam majilis ilmu pada hari ini..usrah kami dikejutkan dengan suara seorang muslimin..bicaranya dalam bahasa arab..namun dapat ditangkap maksudnya.."diam! kami mahu solat". masyaAllah...tumpuan ku terganggu..adik2 kelihatan kaget...ustazah menunjukkan riak ingin menenangkan diri...lalu majlis diteruskan..namun, kelihatan semua ahli usrah terganggu..dan majlis ilmu tersebut ditamatkan lebih awal.(sedihnyerrrrrrrr)

hanya 2 soalan sahaja yang kami bincangkan pada hari ini memandangkan telah masuknya waktu zuhur...aku mengambil kesempatan bertanya kepada sahabatku yang berada di sebelahku..."faham x syarah yang no.2 ni?" katanya.."x..xfaham satu apa pun". Ku lihat wajahnya hampa..sebagaimana diriku yang hampa memahami syarah soalan tersebut. Ingin bertanya..namun dimatikan hajat memandangkan keadaan diri dan suasana tidak mengizinkan..

Aku melihat seorang muslimat ingin solat berjemaah..dan kupasti dia bukan dalam kalangan usrahku..namun apa yang tertariknya..sebelum dia mengangkat takbir..dia menyelak dan membuka sedikit tirai yang melindungi antara muslimin dan muslimat..dia memerhati keadaan ruang muslimin..pada pendapatku dia ingin melihat siapakah imam solatnya..dan aku yakin muslimat ini punyai ilmu agama..sedalam mana tidak kupasti..namun tindakannya betul...apabila ingin berjemaah dalam surau maka makmun yang muslimat perlu membuka tirai sedikit bagi menampakkan diri imam atau makmun lelaki (hanya sedikit ye..bukan dibuka seluas-luasnya..tujuannya untuk melihat pergerakan imam) namun,berbeza pula dalam keadaan masjid..dibenarkan untuk tidak menampakkan gerakan imam atau makmun lelaki, hanya cukup dengan mendengar suara imam.

Aku lantas bangun memandangkan wudhu dari solat sunat dhuha masih ada, terusku mengangkat takbir berjemaah bersama dengan mereka.

Usai solat..aku mengatur langkah ingin bersama teman yang dirindui..sambil menikmati cicipan ringan yang disediakan oleh ukhti usrahku..aku berkenalan dengan mereka yang menurutku baru menyertai usrah rawdhatul jannah..usai bertaaruf..

Aku mengungkit peristiwa kami di'sound' tadi..emm....rupa-rupanya bukan aku dan sahabatku sahaja yang xdapat faham..akhawat yang lain pun sama...dan disebalik 'sound' tadi punyai maksud...rupanya ada juga manusia yang xmenyukai ilmu agama Allah ini..Masya-Allah...moga Allah berikan hidayah padanya...^_^