Sunday 14 October 2012

cerita di rawdhatul jannah...

kulihat ramai pemuda-pemudi inginkan ilmu agama..ilmu agama yang benar...tidak kunafikan usrah di sana sini tumbuh bagai cendawan selepas hujan...namun..duhai sahabatku..perlu diingatkan..aku mengingatkan diriku terutamanya...tanya dirimu..dari mana kamu peroleh ilmu yang kamu ajarkan pada saudaramu yang lain...terutamanya ilmu fardhu ain..(Tauhid, Fiqh dan Tasawwuf..)

saat berada dalam majilis ilmu pada hari ini..usrah kami dikejutkan dengan suara seorang muslimin..bicaranya dalam bahasa arab..namun dapat ditangkap maksudnya.."diam! kami mahu solat". masyaAllah...tumpuan ku terganggu..adik2 kelihatan kaget...ustazah menunjukkan riak ingin menenangkan diri...lalu majlis diteruskan..namun, kelihatan semua ahli usrah terganggu..dan majlis ilmu tersebut ditamatkan lebih awal.(sedihnyerrrrrrrr)

hanya 2 soalan sahaja yang kami bincangkan pada hari ini memandangkan telah masuknya waktu zuhur...aku mengambil kesempatan bertanya kepada sahabatku yang berada di sebelahku..."faham x syarah yang no.2 ni?" katanya.."x..xfaham satu apa pun". Ku lihat wajahnya hampa..sebagaimana diriku yang hampa memahami syarah soalan tersebut. Ingin bertanya..namun dimatikan hajat memandangkan keadaan diri dan suasana tidak mengizinkan..

Aku melihat seorang muslimat ingin solat berjemaah..dan kupasti dia bukan dalam kalangan usrahku..namun apa yang tertariknya..sebelum dia mengangkat takbir..dia menyelak dan membuka sedikit tirai yang melindungi antara muslimin dan muslimat..dia memerhati keadaan ruang muslimin..pada pendapatku dia ingin melihat siapakah imam solatnya..dan aku yakin muslimat ini punyai ilmu agama..sedalam mana tidak kupasti..namun tindakannya betul...apabila ingin berjemaah dalam surau maka makmun yang muslimat perlu membuka tirai sedikit bagi menampakkan diri imam atau makmun lelaki (hanya sedikit ye..bukan dibuka seluas-luasnya..tujuannya untuk melihat pergerakan imam) namun,berbeza pula dalam keadaan masjid..dibenarkan untuk tidak menampakkan gerakan imam atau makmun lelaki, hanya cukup dengan mendengar suara imam.

Aku lantas bangun memandangkan wudhu dari solat sunat dhuha masih ada, terusku mengangkat takbir berjemaah bersama dengan mereka.

Usai solat..aku mengatur langkah ingin bersama teman yang dirindui..sambil menikmati cicipan ringan yang disediakan oleh ukhti usrahku..aku berkenalan dengan mereka yang menurutku baru menyertai usrah rawdhatul jannah..usai bertaaruf..

Aku mengungkit peristiwa kami di'sound' tadi..emm....rupa-rupanya bukan aku dan sahabatku sahaja yang xdapat faham..akhawat yang lain pun sama...dan disebalik 'sound' tadi punyai maksud...rupanya ada juga manusia yang xmenyukai ilmu agama Allah ini..Masya-Allah...moga Allah berikan hidayah padanya...^_^


No comments:

Post a Comment