Wednesday 20 March 2013

KEMBARA ILMU

Assalamualaikum....

agak lama tidak berceloteh di sini...

skrg..1.02 a.m

tiada apa yg istimewa yg ingin kubicarakan di sini...krn kalamku hanya kalam insan biasa..tiada yang lebih drp kamu sahabat2ku yang hebat di luar sana..

Kembara ilmu...ye..aku juga sedang mengembara..demi setitis ilmu Tuhan..demi menghidupkan cinta dalam jiwa...bagaimana mungkin aku mampu mengenal Tuhan-ku tanpa adanya setitis ilmu makrifat mengenai Tuhan-ku..??

Allah..Dia adalah  Allah Yang Esa..yang wujudnya tanpa tempat dan tidak berupa walau dalam bagaimana keadaan sekalipun... 
قال الامام الشافعي

"..انه تعالى كان ولا مكان "

 Bagaimana mungkin untukku mengetahui semua ini tanpa ilmu..
Segala amal perbuatan..ibadat kita perlu dimulakan dengan ilmu..kamu tidak akan mampu menjadi soleh/solehah tanpa adanya ilmu..masakan kamu bisa membezakan yang mana salah dan yang mana betul tanpa ilmu..masakan kamu mampu menyempurnakan amal ibadatmu tanpa ilmu..bukankah Nabi صلى الله عليه وسلم pernah menegur seorang pemuda yang telah pun usai solat supaya mengulangi solatnya kembali? setelah diulanginya kembali..maka ditegur lagi..diulangi lagi..dan ditegur lagi..maka pemuda itu bertanya..bagaimanakah harus untukku melakukannya dengan sempurna? maka..Nabi صلى الله عليه وسلم mengajarkannya untuk solat dengan betul..

tidakkah kamu dapati bahawasanya ibadat tanpa ilmu itu adalah sia-sia duhai sahabat? Benar..ibadat tanpa ilmu adalah suatu perbuatan yang sia-sia..misalan yang lain..kamu bersiwak..sangat suka bersiwak (menggosok gigi) tapi kamu tidak tahu..ia adalah sunnah yang sgt digalakkan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم ..maka kamu tidak akan dapat pahala sunatnya krn awalnya lagi tiada niat ingin ittiba' (mengikuti/mengamalkan) perbuatan Baginda صلى الله عليه وسلم . Apakah ia tidak merugikan kamu sahabat2? walhal dengan gampangnya kamu bisa peroleh pahala sunnah itu..maka..ayuh renungkan sahabat..renungkan perihal diri kita masing2...aku juga tidak lebih dari kamu..sedang aku menaip..mencorakkan bentuk penulisanku yang aku terjemahkan dari akal fikiranku yang asalnya ilham dari Allah taala semata2..aku juga sebenarnya memikirkan keadaan diriku...



Janji Allah itu benar..sungguh Allah Taala telah mengangkat darjat orang2 yang berilmu (ilmu fardhu ain) ..firman Allah Taala yang bermaksud:

“Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) beberapa darjat” (Surah Al-Mujaadalah: ayat 11)

Maka renungkan duhai diri tentang peringatan Allah ini..

"...Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran." - Surah Az- Zumar [39] : 9

Sungguh benarlah firman Allah Taala..

"Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya."
 Surah Al-Baqarah [2] : 269

Lantaran itu duhai diri...kembalilah..kembalilah bersimpuh pada Tuhan-mu..terlalu banyak waktu yang telah engkau persia-siakan...kembalilah menadah setitis ilmu mengenai Tuhan-mu..agar hidup hatimu dengan sebuah cinta Agung..

tidak salah jika kamu terlambat memulakan perjalanan demi sebuah kembara mencari ILMU..namun ketahuilah duhai diri..sangat rugi dan menyesallah andai kamu melepaskan peluang mencari ILMU-nya..tanpa ilmu kamu tidak akan mampu menghidupkan cinta pada Tuhan-mu..tanpa ilmu juga..bicaramu hanyalah nafsu semata-mata..

aku mengajak diriku yang jahil ini..supaya sentiasa thabat di dalam majlis ilmu yang benar..sentiasa kuat untuk melangkah laksana seorang mujahid yang baru ingin mengembara mencari cintanya..demi sebuah perjuangan..moga langkahan ini selamanya bertapak maju dalam redha-Nya..dan aku juga mendoakan kalian semua..akramakumullah..

ayuh..bersamaku..dalam bahtera yang sama..satu pegangan akidah yg sama sebagaimana akidah Nabi صلى الله عليه وسلم ..

Dijemput hadir sahabat2 sekalian...sama ada di UM atau di mana2 sahaja..ke majlis ilmu..sebagaimana berikut :

1) Kuliah Maghrib
Setiap hari isnin di surau Kolej Kediaman Ungku Aziz (KK11) Universiti Malaya
Pelajari kitab Mukhtasor (mazhab Imam al-Syafi'e) yang merangkumi tentang Tauhid, Fiqh, dan Tasawwuf secara bertalaqqi..=)

2) Talaqqi Kitab Matan Abi Syuja'
Hari: Isnin
Tempat : BS1 AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA
Masa: 5.00 -6.00 petang
Anjuran : Jabatan Akidah & Pemikiran

3) Talaqqi Kitab Qaul Jali
Hari: Rabu
Masa: 4.00- 5.00 ptg
Tempat : BS4 Akademi Pengajian Islam

4) Khas untuk muslimat sahaja
Talaqqi kitab akidah muslimin
Hari: Ahad
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Surau kolej kediaman ke tujuh UM

Kata ulama :

" Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan yang banyak bagi dirinya nescaya dia menjadi seorang yang bersemangat dalam menuntut ilmu..."

"Cinta kepada ilmu itu adalah alamat/petanda kepada kebaikan dan kejayaan.."

"Seseorang itu tidak akan menjadi orang yang bertaqwa jika dia tidak menuntut ilmu (ilmu fardhu ain)"

Imam an-nawawi berkata "Menyibukkan diri dengan ilmu pengetahuan merupakan cara yang terbaik bagi memenuhi waktu / menghabiskan waktu "


*~ terima kasih kerana sabar membaca omelanku...barakallah alaikum..~* 


tam fi 2.38a.m

No comments:

Post a Comment