Tuesday 15 November 2011

Kesedihan mujahid(part 2)....

Tepat jam 4.50 pagi...

Kdengaran nada dering Imam Muda berbunyi mengejutkan mujahid daripada lena...
Mujahid bingkas bangun dengan lafaz
alhamdulillahillazi ahyaana ba'da ma amatana wa ilaihinussyur...

Alhamdulillah...
kerana sekali lagi dia menjadi hamba pilihan untuk bersujud tatkala kawan-kawannya yang lain sedang enak dibuai mimpi..

Di pagi yang hening itu...
Hati mujahid masih lagi kepiluan...
Setiap sujudnya akan mengalirkan air mata...
Setiap lafaz pengaduannya juga diiringi air mata..air mata keinsafan...


Allah…. 
Aku memanggilmu…

Aku memanggilmu dalam keadaan hati penuh dosa… 
Allah… 
Aku tersungkur lagi…
Apa yang patut aku lakukan??
Aku buntu sendiri...maafkan hamba-Mu ini yang selalu mengecewakan-Mu..
selalu memungkiri janji dengan-Mu..
Maafkan hamba yang hina ini...
Maafkanlah ya Rabb...
____________________________________________________________________________

Hari ini...

Mujahid ingin menjadi insan yang baru...
Mujahid sedar dia tidak boleh selamanya dalam keadaan ini...
mujahid sedar itu adalah ujian buat dirinya...
mujahid juga sedar dia harus bangkit kembali dan melangkah semula...
mujahid sedar..jika semalam dia adalah seorang yang melampaui batas..
hari ini dia ingin merubah semua itu..
meskipun malu menghambat diri lantaran dosa-dosa semalam 
namun,dia tetap tidak akan berputus asa..
Dia tidak akan sesekali berputus asa dengan rahmat Tuhan-nya...

ya!!

Itu nekadnya...

Firman Allah s.w.t

“Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” – Az-Zumar ayat 53.

Hari ini bermulalah lembaran kehidupan yang baru..insan yang bernama Mujahid Ansarullah...



2 comments: