Tuesday 15 November 2011

“ Ya Allah, aku ingin berubah untuk-Mu dan hanya kerana-Mu!”


Kita sebenarnya hajatkan kepada Allah SWT.
Kita hajatkan kepada rahmat, hidayah dan kasih sayang-Nya.
Benar, jiwa kita sebenarnya :-

sangat-sangat merindui Allah SWT dan ingin meluahkan segala curahan perasaan kepada-Nya.

Hati kita sebenarnya ingin menyintai, merindui dan menyayangi Allah SWT segenap serta sepenuh hati. Namun, wujudnya benteng dan dinding antara kita dan Allah SWT. Benteng yang membuatkan kita semakin jauh dan jauh daripada-Nya.

Lantas, jiwa kita semakin kosong, gersang, kering dan hambar. Terasa akan bebanan perasaan  yang bersangatan sehingga kering air mata ini untuk dititiskan di hadapan Allah SWT.

Teringat ana seketika dalam kuliah pengantar sistem ekonomi islam tadi...kata-kata ustaz Azizi,seorang pensyarah yang sangat ana kagumi akan kehebatan ilmunya...

"Jadikan dunia sebagai manfaat untuk akhirat..kita tidak dapat tidak mesti berusaha sebaiknya ketika di dunia untuk mendapatkan hasil yang baik juga di akhirat sana...segala amalan di dunia akan di akseskan dalam akaun akhirat...dan hasilnya kita akan lihat di sana sama ada banyak di bahagian positif atau negatif..."

Subhanallah....

Di mana amalan kita pada hari ini??Sudah cukup positivekah kita sedangkan untuk menangis di hadapan-Nya sangat susah???

Ayuh sahabat-sahabatku...ana memanggil diri ana dan juga KAMU...ayuh kita melangkah!!
Muhasabah diri kembali...apa yang membentengkan kita daripada mendapat hati yang sejahtera??

Benteng dan dinding yang menjauhkan kita dengan Allah SWT hanya kerana keengganan dan keingkaran kita untuk  melakukan “perubahan.” Perubahan yang akan mendekatkan dan menghampirkan kita dengan Allah SWT.

Mampukah aku berubah? Bolehkah kita berubah? Persoalan itu bersilih ganti menerjah minda dan bermain di jiwa kita. Justeru, masihkan kita mempunyai harapan untuk berubah?

 Jika itu yang bermain di minda ana dan kamu,maka jawapannya sudah Allah sediakan...renungkan kata-kata belaian daripada Allah...


“…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” -Surah Yusuf ayat 87.

Firman-Nya lagi..
“Dan tidaklah Allah itu mengkehendaki (untuk berlaku) zalim kepada hamba-hambaNya.” Surah Ghaafir ayat 31.

Daripada Abu Zar al-Ghifaari r.a, daripada Rasulullah s.a.w berdasarkan apa yang diriwayatkannya daripada Tuhannya yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi bahawasanya Ia berfirman : “Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya Aku mengharamkan ke atas diri-Ku kezaliman…” Hadith Riwayat Muslim. 


Seorang murabbi pernah menyebut :

“ Bagi jiwa-jiwa yang menyakini hari pertemuan dengan Allah SWT tentunya kita benar-benar rindukan pengampunan Allah SWT bahkan pengampunan itu lebih berharga dari pertambahan usia.”

Justeru, bilakah kali terakhir linangan air mata kita hangat membasahi pipi kering kita dalam berdoa kepada Allah SWT?

Lantaran itu...ana menyeru diri yang dibelenggu dosa ini dan KAMU juga...melangkahlah duhai mujahid...melangkahlah duhai mujahidahku sayang...DIA SENTIASA MENUNGGU HAMBA-NYA...janganlah kita menyombongkan diri...titiskan air mata itu...kerana kamu dan ana perlu sedar dunia ini bukanlah diciptakan untuk bergelak tawa...dan air mata itu juga bukanlah untuk di alirkan atas kesedihan kerana dunia sahaja...

Ayuh!!
Melangkah bersama hati yang pasti dan tentunya hati yang yakin dengan kebaikan dan keampunan Allah buat kita...

Khair insyaAllah..

No comments:

Post a Comment